Tentang Kami

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke website RED’s@SHOP. Sememangnya, kami amat mengalu – alukan kunjungan anda dan semoga anda akan berpuashati dengan produk yang bakal anda lihat sebentar lagi.

Untuk makluman anda, kini, kami menjalankan perniagaan secara online dan kami kini dalam perancangan untuk mempunyai kedai sendiri di Kota Bharu, Kelantan. Operasi perniagaan kami waktu ini hanya di premis kediaman kami.

Diperingkat awal ini, skop perniagaan kami adalah berkisar kepada beberapa produk pilihan sahaja, iaitu pakaian lelaki, wanita, baby, kanak – kanak, barangan terpakai, produk makanan dan perkhidmatan.

RED’s@SHOP sangat membantu anda kerana kami hanya menawarkan barangan terbaik dengan harga berpatutan.  Kami mengimport terus dari kilang luar negara dan dalam negeri. Apa yang menariknya perniagaan kami, selain daripada menjual barangan secara runcit, kami juga menjual secara borong kepada peniaga.

Bagi anda yang ingin berniaga secara sampingan dan tidak mempunyai modal, tercari – cari produk yang bersesuaian. Maka syarikat kami pasti menjadi pilihan anda kerana anda hanya perlu mengiklankan produk yang menjadi pilihan di Facebook atau email anda, Anda bayar kepada kami pada harga borong tetapi urusan penghantaran adalah dibawah urusan kami. Bukankah itu suatu perkara yang mudah untuk anda menjana pendapatan? Apa yang anda tunggu lagi.Peluang yang baik hanya datang sekali. Bak kata pepatah, “yang bulan tidak datang bergolek, yang leper tidak datang melayang”.Insya Allah, kami cuba untuk menawarkan kepada anda harga yang paling berpatutan.


Anda adalah digalakkan untuk terus menerus mengunjungi website kami kerana yang pasti, akan ada produk – produk terkini yang mungkin menambat hati anda, keluarga, saudara mara mahupun sahabat andai anda. Al-maklum, perniagaan baru yang serba serbi banyak kekurang dan kelemahan. Apa pun kelemahan yang ada ini akan menjadi penyuntik kepada kami untuk memajukan perniagaan ini dengan lebih baik lagi.

Anda juga dialu-alukan untuk menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:-


 Redza Zakaria
Pengurus
No. Tel : 019-9835419